Ahad, 12 Julai 2009

Cikgu tadika(lawak)

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

Pak Ali dengan Pari-pari

Kisah ini boleh dijadikan pedoman supaya kita menjadi saorang yang tidak tamak...
Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa dengan kau?Pak Ali: Kapak aku terjatuh kedalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.Pari Pari: Inikah kapak kamu?Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas..Pari Pari: Inikah kapak kamu?Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.Pari Pari: Inikah kapak kamu?Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga tiga kapak itu kepadanya.Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh kedalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa kau bersedih?Pak Ali: Isteriku jatuh kedalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera....Pari Pari: Inikah isteri kau?Sambil menangis Pak Ali menjawab... 'ya, itulah isteriku...'
Pari Pari pun marah, 'Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak'.
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, 'Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...'.

Lawak sakit mental 1*

Seorang pesakit mental cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain pula.
Tidak lama kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh doktor yang merawat mereka.
Doktor: Hari ini saya ada dua berita baik utk awk.satu berita baik,dan 1 lagi berita buruk.
Pesakit mental: Apa dia doktor?
Doktor: Pertama sekali,tahniah kerana awak dah menunjukkan tanda-tanda hampir sembuh dpd penyakit awak kerana awak telah meyelamatkan seorang pesakit yg cuba membunuh diri semalam. Berita buruk pula, pesakit yg awak selamatkan itu didapati telah menggantung dirinya selepas awak selamatkan semalam.Malang sungguh.
Pesakit mental: Oh! begitu rupanya. Sebenarnya saya yang menggantungnya supaya dia kering dgn cepat..hee..
Doktor: #@**_!!*&^_# .......

Beruk(teruk nya cikgu)

Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh.

Sam : kau memang beruk la?
Dol : kau la beruk..!
Sam : kau la beruk...kata aku plak?

Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Cikgu : Apa pasal gaduh-gaduh nie. Tak baik tau?
Dol : Beruk nie kata saya beruk cikgu?
Cikgu : Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan ?
Sam & Dol : Sama cikgu!!
Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan ?
Sam & Dol : Sama jugak cikgu!!
Cikgu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?..hmm puas hati aku..katanya dlm hati..
Sam & Dol : Paham cikgu!
Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami? Cikgu pun BERUK jugak ker??
Cikgu : Sabar jer laaa.!! (dalam ati)

Oii..Tengok Depan!!

Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambilmelihat keadaan keretanya yang kemek kerana terlanggar sesuatu ...hari dah nak masuk maghrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tusempit, lampu jalan tak de pulak.
Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dahlah tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit.Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Bab****....... Slow sikit....."
Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun menoleh sambil menjerit balas .. "Cel****!!!!! @#$%*&^!!!, Asam keping!!!".."Bagerooo..."sedap jer dai cakap kita babi...."cisss.
Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat....Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut..Apabila sampai ke sana , kelihatan budak tu terpelanting dalam semakmanakala motosikal nya remuk sama sekali.
Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuantadi.
ehem.ehem..
Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah...tapi nak bagi tau jer.......yang ada babi tergolek kat depan

Nyonya Marah..

Satu hari seorang nyonya pertama kali datang ke KL.Lepas kena loteri, dia check in di hotel mewah.
Dia diiringi pelayan ke bilik penginapannya..Apabila pelayan menutup pintu, nyonya melihat sekelilingnya.
Tiba-tiba, muka nyonya menjadi merah lalu berkata;
"SEKIUS MI, LU INGAT WA TUA, MALI KAMPUNG TALA TAU DUDK HOTEL KA ?LU KASI INI BILIK KA? MANYAK KICIK. TADA TB, TADA LEMALI, KATIL TIUN PUN TADA.HAIYA!!! MAU TIPU OLANG KA???"
Pelayan itu pun menjawab dgn mimik muka selamba....."Sabar nyonya....ini baru LIFT maa..."

pelancong blur

Seorang pelancong Mat Salleh naik sampan. Bila sampai di seberang...Mat Salleh : How much am I to pay ?Pak Tambang : Nama kamek bukan Mohd Topay, nama kamek Wan Dollah.Mat Salleh : Wow! Why so expensive. It should be 30 cents and yet you say one dollar. Nevermind this is your one dollar.Pak Tambang : Auk! tengkiu!

MANGGA

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.
Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga: "RM7!"
Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"
Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"

PUKUL BERAPA BUKA?

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering..
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal,"SAYA MAU KELUAR!!"

Pagi itu pagi minggu.

Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolam jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.
Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.
Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.
Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.
Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..l ori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.
Emak saya tidak puas hati.... Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari mak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.
Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.
Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Teruk lah guru

Suatu hari seorang guru TK bertanya kepada murid-muridnya Guru : "Anak-anak siapa yang mau masuk surga?" Spontan anak-anak itu menjawab, "Saya!!" Tapi ada seorang anak yang tak menjawab,lalu ditanya oleh Gurunya bertanya kepada dia: Guru : "Nak,kenapa kamu tidak mahu masuk syurga?" Anak itu pun menjawab, "Mak suruh saya masuk askar….

Excellent!! bagus punya anak

Alkisah ada satu cerita....
Ada sorang budak ni baru dapat keputusan UPSR
Mak:Ali,kamu dapat berapa A?
Ali: 5,mak
Mak:wahhhhh 5 A!
Ali:Salah, tu mak..!!!
Mak:AA...A??
Mak:5B !
Ali:Salah
Mak:Habis tu ...! ?
Ali:5 E,mak,semuanya Excellent!
Mak:Bongok, B***H, punya anak E tu nak kat fail!!

Emm..bapa sapo paling hitam

Ada tiga orang budak bernama Ali,Abu dan Hassan.Mereka pun bercakap bapak siapa lagi hitam.
Ali:Semalam bapak aku tercucuk pisau aku lihat darahnya warna hitam.

Abu:Bapak aku lagi hebat.Semalam dia terjatuh dari atap tulangnya patah lalu aku lihat
tulangnya bewarna hitam.

Hassan:Bapak aku paling hebat.Semalam dia terkentut lalu semuanya bertukar menjadi hitam.

Ali & Abu:Wah,hebatnya bapak kamu.

JAMUAN MESRA

Ada dua orang menghadiri satu jamuan. Nama mereka ialah Jangan dan Mana. Jadi, Ketua Kampong pun bercakap.. Sebelum berdoa, jangan makan dulu. Jangan tadi pun berfikir bahawa ketua kampong memanggilnya makan. jadi dia pun cepat-cepat makan.. "Eh.....eh..... Mana boleh makan!" kata ketua kampong. Jadi Mana pun berfikir bahawa sekarang gilirannya makan. Dia pun cepat-cepat makan. akibatnya semua orang pun makan cepat-cepat. Adoh! betapa sakit kepala ketua kampong itu.

NI APE KES PLA NI??

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiribetul betul didepan seorang pemuda.. Seketika kemudian pemuda itu bangun,namun belum sempat pemuda ituberkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ketempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka berdiri"..Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut.Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknyaduduk semula dan berkata dengansedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payahsusah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu berdirilagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian sayatau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"

PEROMPAK

MAN: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.LAN: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"...degil!
*****
MAN: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!LAN: Iya ke? kalau macam ni aku kena banyak berlatih agar dapat Batuk dengan lebih baik lagi.
*****
MAN: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.LAN: kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!
*****
MAN: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?LAN: Gula dah habis!MAN: Yang kau pergi campur garam apasal?LAN: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!
*****
MAN: Semalam aku nampak hantu!LAN: Uih! kau terkejut tak?MAN: Taklah..... hantu tu yang terkejut tengok aku.LAN: Mana kau tahu?MAN: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

Interview dalam English

Josh sedang di interview di sebuah syarikat :
Pegawai : Nama saudara siapa ?

josh : "josh..."

Pegawai : "Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!...

josh : "Saya 5 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di sarawak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di engkilili... Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di selindong.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di pulau borneo jauh tuu..

Pegawai : "Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?

josh : "Yes .. sir ...must be!! "

Pegawai : "now tell me about your family in English !!... "

josh : "Sorry sir .. i don't have family in English ... they're all living in sarawak"
Pegawai :hemmmmm tau meh..

MACAM-MACAM KES!!!!

Pada suatu hari, ada seorang rakyat Malaysia accident dan dihantar ke hospital untuk pembedahan...Pada masa yang sama, soorang rakyat British pun dihantarkan ke bilik pembedahan. Sebelum "dipengsankan", orang British tu berkata, "Hello, my name is Eric."..dan orang Malaysia pun jawab, "I'm Azri." Lepas itu, mereka pengsan...
Semasa mereka sedar, pembedahan sedang dijalankan...Eric pun berkata, "I'm from England, how about u?" Azri pun jawab, "I'm from Malaysia." Lepas itu, mereka pengsan balik...
Semasa mereka sedar lagi, pembedahan masih dijalankan...Eric berkata, "I...I.....cancer...." Azri jawab, "I'm GEMINI!!!".....