MAN: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.LAN: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"...degil!
*****
MAN: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!LAN: Iya ke? kalau macam ni aku kena banyak berlatih agar dapat Batuk dengan lebih baik lagi.
*****
MAN: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.LAN: kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!
*****
MAN: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?LAN: Gula dah habis!MAN: Yang kau pergi campur garam apasal?LAN: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!
*****
MAN: Semalam aku nampak hantu!LAN: Uih! kau terkejut tak?MAN: Taklah..... hantu tu yang terkejut tengok aku.LAN: Mana kau tahu?MAN: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan