Sabtu, 11 Julai 2009

BERANI KE??

Seorang pembesar adakan pertandingan renang menyeberangi sungai berbuaya. Sesiapa yang dapat menyeberangi sungai itu akan diberikan hadiah RM10,000. Apabila pertandingan dimulakan, keadaan menjadi senyap dan setiap orang melihat orang lain. Dalam keadaan genting itu, tiba-tiba ada orang terjun ke sungai. Semua orang bertepuk. Gemuruh bunyinya. Orang yang berenang itu pun beranang sangat luar biasa lajunya. Ada kelihatan buaya mengejarnya. Apabila si perenang itu berjaya sampai ke seberang, seorang pengacara TV3 lalu bertanya: Apa perasaan saudara setelah berjaya merenangi sungai berbuaya? Jawabnya: Syukur kepada Tuhan. Pengacara: Mengapa? Perenang: Kerana saya masih hidup. Pengacara: Ada apa-apa yang hendak saudara katakan? Perenang: Saya nak bertanya, siapa yang tolak saya tadi?

Tiada ulasan: